Thursday, January 1, 2009

Salam Perkenalan

Assalamualaikum wbkt.

Pertama2nya aku ingin mengucapkan salam perkenalan dan jutaan penghargaan kerana sudi membaca sepatah dua kata sorotan yang bakal ku utarakan nanti.
Di sini, aku hanya ingin berkongsi sedikit pengalaman kepada sesiapa sahaja yang sering bertungkus lumus mencari pendapatan sampingan terutamanya menerusi talian internet. Sebenarnya tiada satu pun kerja yang mudah. Ia menjadi lebih mudah sekiranya anda mempunyai perancangan dan strategi yang tersendiri. Seringkali anda dipromosi dengan pendapatan "di hujung jari" dan macam2 lagi cara meraih pendapatan dengan mudah!!! Mungkin bukan aku seorang, tetapi ramai aku rasakan sudah pelbagai cara digunakan tetapi masih belum menampakan hasilnya.